Saturday, June 23, 2018

Filled Under:

Tahniah! Adik Syatilla Melvin selamat bertunang dengan anak ‘Iron Lady’ Malaysia


Sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini mungkin lebih bermakna buat pelakon Syatilla Melvin apabila turut meraikan majlis pertunangan adik perempuannya, Isnin lalu.
Pada majlis tersebut, pelakon Syida Melvin selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Syafiq Shaheen yang juga merupakan anak kepada ‘Iron Lady’ Malaysia iaitu Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.
Dijangkakan bakal menamatkan zaman bujang masing-masing pada Januari tahun depan, majlis diadakan penuh sederhana itu telah dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai mereka.
Beberapa keping gambar telah dimuat naik oleh pasangan sama cantik sama padan itu di laman Instagram masing-masing serta dihujani dengan ucapan tahniah oleh pengikut mereka.
Muka sama, jodoh tak salah alamat…
Tahniah! Semoga kekal ke pelamin…
Lawanyaaa, simple je!


Sumber : caraanak




0 comments:

Post a Comment