Sunday, June 24, 2018

Filled Under:

HALANG & MAKI POLIS, ADAKAH TINDAKAN MAHKAMAH INI BUKTI SITI KASSIM KEBAL DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG?


Mahkamah Majistret menolak permohonan reman terhadap peguam Siti Kasim berkenaan dakwaan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.
Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mengetuai sekumpulan peguam bagi pihak Siti berkata, pendaftar Sharifah Fazilah Zulkifli menolak permohonan polis untuk menahan Siti selama 4 hari.
“Kami andaikan permohonan reman itu ditolak kerana tidak berasas. Pendaftar mendengar pendapat semua pihak,” katanya.
Ambiga berkata Siti disiasat bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugas.
Hampir 20 penyokong Siti dari bidang guaman dan kumpulan hak asasi manusia muncul di mahkamab untuk pendengaran reman itu, termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan aktivis hak asasi manusia, Ivy Josiah.
Awal pagi tadi, polis menangkap Siti di ibu pejabat polis Kajang, beberapa jam selepas anggota memasuki rumahnya kerana ada laporan menuduh beliau mengurung seorang perempuan secara paksa.
Difahamkan anak guam Siti, seorang perempuan berusia 20-an, diambil polis, selepas ibunya membuat aduan tentang keadaan akidah anaknya.
Terdahulu Siti berkata perempuan itu, yang mendakwa didera ibunya, “diculik” polis dan pihak berkuasa agama di Selangor.
Video di Facebook memaparkan Siti di balai polis, menuntut anak guamnya dibebaskan. Kedengaran suara seorang perempuan menafikan dia diculik Siti.
Serbuah ke rumah peguam itu dibuat susulan laporan polis oleh ibu wanita berkenaan yang mendakwa anak perempuannya tidak stabil dari segi mental.
Polis juga telah membuat laporan berhubung kekecohan yang berlaku ketika peguam itu menyerbu masuk wad pemeriksaan psikiatri walaupun cuba dihalang oleh pengawal keselamatan
Seorang wanita yang mendakwa ibu saudaranya bagaimanapun mengatakan ibu mangsa sering berkelakuan kasar terhadapnya.
Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata anak guam Siti dihantar kembali ke hospital untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.
Siti ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Sebelum itu.

KONDOMINIUM MILIK SITI KASSIM TERPAKSA DI PECAH MASUK DAN SITI KASSIM DI TAHAN POLIS KERANA MEMBUAT SESUATU KEPADA ANAK GUAM NYA.

Polis terpaksa memecah masuk sebuah kondominium milik peguam Siti Kasim bagi menyelamatkan seorang wanita daripada mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata tindakan itu dilakukan berikutan laporan polis oleh ibu mangsa pada 21 Jun yang mengatakan anaknya dilarikan Siti Kasim sewaktu menjalani pemeriksaan psikiatri oleh doktor di Hospital Kajang.
“Ketika cuba diselamatkan, mangsa tersebut enggan memberikan kerjasama dengan menguncikan diri di dalam rumah.
“Bagi memastikan beliau tidak mencederakan dirinya sendiri dan juga orang lain maka pihak polis terpaksa memecah masuk.
“Mangsa tersebut seterusnya dihantar ke hospital semula untuk menjalani prosedur pemeriksaan yang tertangguh sebelum ini dan juga untuk pihak pihak pegawai penyiasat mendapatkan keputusan doktor,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata laporan polis juga telah dibuat oleh anggota polis yang mengiring wanita tersebut berhubung kekecohan yang berlaku ketika Siti Kasim menyerbu masuk wad pemeriksaan walaupun cuba dihalang oleh pengawal keselamatan.
Sehubungan itu katanya, Siti Kasim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 12.40 malam tadi di bawah Seksyen 186 kanun keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
“Reman akan dipohon untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siti Kasim ditahan atas dakwaan ‘culik’ anak guam sendiri

Peguam Siti Kasim ditahan polis atas dakwaan menculik dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.
Tangkapan itu, yang disiarkan secara langsung menggunakan aplikasi Facebook Live, didakwa berkaitan dengan seorang wanita yang merupakan anak guam Siti sendiri.
Siti didakwa mengurung anak guamnya, seorang remaja, secara paksa.
Namun, berdasarkan video Facebook Live itu, seorang remaja, yang dipercayai anak guam Siti yang dimaksudkan, dilihat bersuara dan menafikan dakwaan bahawa Siti menculiknya.
Sebelum ini, dalam kenyataan di Facebook Khamis lalu, Siti mendakwa anak guamnya meninggalkan rumah ibu-bapanya kerana “takut” dengan ibunya.
Siti juga mendakwa anak guamnya “diperangkap” oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis yang “menunggu untuk menangkap” anak guamnya.
Ibu anak guamnya, menurut Siti, telah membuat laporan polis mendakwa anak guamnya “tidak stabil secara mental” dan “akidahnya dipersoalkan”.
Tidak dibenarkan berjumpa
Sementara itu, seorang wanita yang mendakwa mak cik kepada remaja berkenaan, memberitahu Malaysiakini bahawa ibu remaja itu bersifat pendera (abusive).
Wanita berkenaan mendakwa ibu remaja itu juga pernah bertindak demikian terhadap anggota keluarganya yang lain termasuk terhadap adik beradiknya.Menurutnya, anak saudaranya keluar rumah selepas mendakwa dicekik oleh maknya.
Wanita yang mengaku mak cik remaja itu turut mendakwa anak saudaranya membuat keputusan tinggal dengan Siti kerana takut dengan ibunya.
Wanita berkenaan juga menjelaskan, pada Khamis lalu, selepas disoal jais, remaja itu dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan mental sebelum dibebaskan.
Remaja berkenaan kemudian dikatakan menghantar pesanan kepada Siti dan mak ciknya sekitar pukul 8 malam semalam untuk memaklumkan bahawa ada pihak yang cuba memecah masuk rumah Siti.Remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Shareena Sheriff, pengurus program Sister In Islam (SIS) berkata Siti berada di sebuah persidangan di Selangor ketika kejadian itu berlaku.Menurutnya, sebaik tiba di IPD Kajang, Siti kemudian diminta masuk bilik dengan anggota polis.
Ketika keluar, katanya, Siti mendakwa polis hendak menahannya.Mak cik remaja berkenaan turut mendakwa dia dan mak cik remaja itu yang lain yang hadir tidak dibenarkan berjumpa anak saudara mereka.
Siti juga dikatakan tidak dibenarkan berjumpa anak guamnya itu.Setakat ini, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan Siti, dakwaan remaja itu, dakwaan wanita yang mengaku mak cik remaja itu, atau  laporan polis yang dibuat ibu remaja itu.
Malaysiakini sedang menghubungi polis untuk mendapatkan ulasan.
Sumber : tvbulan





0 comments:

Post a Comment