Thursday, June 28, 2018

Filled Under:

Rupa-Rupanya Ada Pasangan Artis Yang Ramai Tak Tahu Mereka Berkahwin, Cuba Tengok Gambar Yang Akhir Sekali



Gambar Perkahwinan Artis Dulu, Tak Sangka Rupanya Ada Pasangan Yang Kita Tak Tahu Pernah Berkahwin | Gambar perkahwinan artis sering jadi tumpuan peminat.Bagi generasi baru yang tak pernah melihat perkahwinan artis-artis dahulu,boleh lihat dibawah ini.

gambar perkahwinan artis dulu, tak sangka rupanya ada pasangan yang kita tak tahu pernah berkahwin

D.J. DAVE – ZAINON MOHD. YUSOFF
15 Julai 1979



Datuk D J Dave pernah bertugas di Pejabat Pos Malaysia,[2] dan mendapat gelaran Datuk sempena kelahiran T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah yang ke-59, tahun 2005.

Kerjaya Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak ingin Menangis Lagi dan Harum Bunga Kembang apabila dia mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972.

Pada tahun 1973, Irwan Shah telah menyertai EMI untuk merakam album Ingin Bersua, sebelum membuka syarikat sendiri Dave Enterprise untuk mengeluarkan rakaman terbaru lagu-lagu irama Hindustan tidak lama lagi.[3]

Dia menjawat jawatan pengetua program realiti Audition dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Articulate. Dia juga merupakan artis pertama Malaysia yang melancarkan album Hindi berjudul Mar Gaye Oye di India, Disember 2005.

Beliau pernah berduet dengan penyanyi wanita antaranya Sarena Hashim, Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid. Terbaru beliau berduet dengan Dayang Nurfaizah dalam lagu Segalanya yang pernah dinyanyikan bersama Liza Aziz pada konsert Journey Through Song. Konsert mega terakhir D.J Dave itu diadakan bersempena meraikan 40 tahun pembabitannya dalam arena nyanyian. Ia bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Jun 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert ini turut dijayakan oleh Uji Rashid dan Marsha, selain komposer S. Atan sebagai pengarah muzik. Konsert anjuran Shahdave Entertainment itu mendapat sokongan penaja seperti Celcom, Sogo, Hotel Concorde, AirAsia dan Hard Rock Cafe.

DJ Dave bersama 51 peserta selain sukarelawan, pakar perubatan dan petugas media telah mengikuti misi melawat pelarian masyarakat Rohingya, selaku Presiden Yayasan Artis 1Malaysia pada tahun 2012.[4]



KHATIJAH IBRAHIM – MOHAMAD RASHID FAHMI BATSALOO
24 April 1981



Datuk Khadijah Ibrahim (juga dieja sebagai Khaty Ibrahim dan Khatijah Ibrahim) merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal dari Malaysia. Dilahirkan pada 1960, beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia Ibrahim. “Kupendam Sebuah Duka” merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia. Beliau juga pernah merakamkan lagu yang istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab seperti lagu “NAM Shall Lead The Way” (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – NAM XIII) dan lagu “Malaysia Truly Asia” (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia).

Khatijah Ibrahim juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.

SHARIFAH AINI – ALI ABU BAKAR

1 Julai 1981



Dato’ Sharifah Aini binti Syed Jaafar (2 Julai 1953 – 5 Julai 2014) adalah seorang penyanyi tersohor di Malaysia yang dikenali sebagai “Biduanita Negara” selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu “Tiga Malam”.

Di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysian Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, M.Nasir, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris

ANITA SARAWAK – BROERY MARANTIKA

16 Oktober 1981



Anita Sarawak (lahir 23 Mac 1952[1]) atau Ithnaini binte Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura, yang pernah menerima anugerah dari “Asian Entertainment Establishment” kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai ‘Dewi Utama’ (The Top Diva) di Asia.

SUDIRMAN HAJI ARSHAD – KAMARIAH JAMALUDDIN
25 Disember 1981



Dato’ Sudirman bin Haji Arshad, DSAP, JMN, AMN, AMP, juga dikenali sebagai Sudirman (25 Mei 1954 – 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai juara Bintang RTM pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran “Penghibur Nombor 1 Asia” (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti “Penghibur Milik Masyarakat”, “Seniman Rakyat” dan “Elvis Malaysia”. Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.

JOHARI SALLEH – ZARINA ZABIDIN
27 Disember 1981



Dato’ Johari Salleh merupakan seorang maestro muzik yang cukup terkenal di Malaysia pada era 70an dan 80an. Beliau dilahirkan pada 9 Februari 1940 di Geylang, Singapura. Anak lelaki kepada keluarga Mohd Salleh Bin Mohamad berasal dari Melaka dan Puan Munarah Shuib, berasal dari Singapura. Johari merupakan salah seorang pelopor kepada Orkestra RTM.

Adiknya, Elmi Salleh juga merupakan seorang penyanyi di Singapura.

KUSWADINATA – KAMARIAH MOHD. SAID
1982



Kuswadi bin Bujang atau lebih terkenal sebagai nama pentas beliau Kuswadinata (8 September 1938–16 Februari 2013) merupakan pelakon lelaki Malaysia. Dilahirkan di Jalan Thomson, Negeri-negeri Selat, beliau yang mesra dengan panggilan Pak Kus memulakan kerjaya filem profesional pada 1958. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Batu Durhaka (1962), Detik 12 Malam (1979) dan Sikit Punya Gila (1982).

Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantan seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau juga merupakan bekas rakan rapat kepada Syed Mehdzar yang kini tinggal di Subang Jaya. Hubungan yang rapat ini amat berkekalan sehingga sekarang, keluarga Kuswadinata dan Syed Mehzar saling berhubungan sehingga beliau sendiri amat rapat dengan anak sulong Syed Mehzar iaitu Syed Mussidiq.

RUBIAH SUPARMAN – ZAHARI MOHD. NOH
1 Januari 1984



Rubiah Suparman merupakan seorang pelakon kelahiran Singapura yang berkaliber. Pada awal era 70-an beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur, (Malaysia) dan menetap di sana untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon filem dan drama TV. Beliau kemudiannya mendapatkan kerakyatan di Malaysia selepas menetap wajib selama lebih 10 tahun di Malaysia.

HERMAN TINO – NORAINI IBNU
13 Oktober 1984



Herman Tino mencipta nama sebagai seorang penyanyi pada tahun 1982 – 1986. Beliau dilahirkan pada 5 Disember 1954 di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Nama sebenar beliau ialah Masrun Bin Tamsi dan berketurunan Jawa

HALIL CHIK – ZAKYYAH ABDULLAH
Disember 1985



WALAUPUN mula dikenali sebagai penghibur sekitar penghujung 70-an, namun sehingga kini, nama Halil Chik, tidak hilang dimamah usia.

Berjaya mengekalkan karier seninya sehingga ke abad ini, ternyata, penangan Halil atau nama sebenarnya, Abdul Halil Chek, 62, sukar diatasi.

Walaupun industri mengalami lambakan muka baru bak cendawan tumbuh, namun Halil tetap menjadi pilihan untuk golongan korporat dan VIP.

“Alhamdulillah, rezeki saya masih ada. Tiada apa saya harapkan lebih kerana saya bersyukur apa saya dapat.

“Saya sering mendapat undangan persembahan badan korporat dan persembahan majlis diraja.

“Walaupun mediumnya berbeza dengan artis muda, ia mencukupi bagi saya,” katanya yang turut diundang membuat persembahan pelancaran buku Saloma, baru-baru ini.

Walaupun mencecah usia lebih separuh abad, pelantun lagu Kemesraan dan Joget Bunga Melati ini masih kekal bertenaga ketika beraksi di pentas.

Katanya, tiada rahsia dan petua lain yang diamalkan selain sentiasa mengingati ALLAH dan tidak membebani fikiran dengan masalah.

“Tidak perlu petua, yang penting kita kena selalu gembira dan tidak menjadikan masalah sebagai halangan.

“Pun begitu, kita tidak boleh terlalu leka dengan keduniaan, semuanya bergantung kepada Ilahi.

“Saya bersyukur diberikan kesihatan yang baik sehingga ke saat ini kerana tanpa kesihatan, tidak mungkin kita dapat mencapai kejayaan,” katanya.

EMAN MANAN – FAUZIAH AHMAD DAUD
23 Disember 1990



Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan bin Embong (lahir 1 Januari 1958) adalah salah seorang pelakon Malaysia. Beliau telah lapan kali tercalon untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan menang tiga kali daripadanya.

Kredit : sinar

Sumber : itulogik




0 comments:

Post a Comment