Thursday, June 28, 2018

‘Ayah Sedih Tengok Ibu Terpaksa Perah Susu, Tunggu Ayah Ibu Di Syurga Sayang’


Siapa yang tidak sedih apabila terpaksa meredhakan pemergian anak yang disayangi. Kisah sayu seorang ayah ini terpaksa kuatkan hati dan kelihatan tabah di depan isteri yang tidak terdaya lagi dan akur akan kehendakNya.

Bayi ini dipercayai meninggal dunia akibat tersedak susu. Ini luahan isi hati seorang ayah yang terpaksa melepaskan anak kesayangan ke syurga.

Tak puas lagi ayah jaga Dewi




Ayah rindu mandikan Dewi



Ibu mandikan jenazah, ayah sambut di liang lahad



Ayah tak nak menangis depan ibu



Kami redha… 


Sumber: DaraSipir / Ohbulan via beritasteady



[VIDEO] “Respect Dekat Dato’ Walaupun Dapat Anak Baru, Darah Daging Sendiri, Tapi..”


Anak adalah pengikat kasih sayang antara pasangan suami isteri. Tidak kira lah anak kandung mahu pun anak angkat sekali pun. Walaupun Dato Aliff Syukri telah dikurniakan cahaya mata lagi, kasih sayangnya terhadap kedua-dua anak angkatnya tidak pernah berkurangan.

Terbaru, Dato Aliff Syukri ada memuatnaik satu video dia bersama dengan Qayyum dan Ameena. Video tersebut telah mencuri perhatian netizen dengan keletah comel Meena yang sentiasa sentiasa tersenyum ketika dirakam dan wajah Qayyum bagaikan tiada perasaan apabila dicium-cium oleh Dato Aliff.
Malah, video itu telah dimuatnaik berserta dengan kapsyen “Abah sayang yom sbb Yom gemuk sihat..“.
Malah, netizen juga sangat menghormati Dato Aliff Syukri kerana walaupun dia dah dapat anak baby Yusof yang memang darah dagingnya sendiri, namun dia tetap menyayangi Meena dan Qayyum bagaikan anaknya sendiri.Pelbagai reaksi dan komen yang diberikan oleh netizen di laman Instagram Baby Terlajak Laris. Rata-rata netizen telah memberikan komen pujian kepada Meena dan Qayyum kerana terlalu comel.



VIDEO :


Geram sangat, nak peluk cium

Hormat dekat Dato walaupun dapat anak baru tapi..



Gegirl senyum comel, boboi garang


Boleh sampai masuk dalam mimpi


Kalau ada depan mata minta kena kunyah


Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!






Rahsia Kemenangan Korea Selatan Ke Atas German Di Piala Dunia 2018 Terbongkar!


Malam tadi waktu Malaysia, pasukan Korea Selatan telah mengejutkan juara piala dunia 2014, German dengan keputusan 2-0. Usaha yang tidak pernah mengenal lelah dan kental bertahan menjadi tonggak kemenangan yang menggembirakan seluruh warga Korea Selatan.

Namun, sebelum kemenangan menentang Gernan, ada satu peristiwa yang mencetus iltizam dan tekad yang teramat kuat di setiap benak pemain Korea Selatam. Dan itulah sebenarnya yang menjadi tonik rahsia kemenangan bergaya mereka mengejutkan juarabertahan piala duia itu.

Saksikanlah bagaimana kapten Korea Selatan, Son Heung Min menangis teresak-esak kerana gagal menghadiahkan kemenangan kepada presiden  presiden Moon Jae dan seluruh peminat Korea Selatan.



Lihat bagaimana presiden Korea Selatan itu memujuk kapten Son Heung Min dan seterusnya memberikan semangat dan motivasi kepada keseluruhan pasukan.

Semangat patriotisme yang tinggi untuk mengharumkan nama negara inilah sebenarnya yang menyebabkan merea mampu mengaibkan German.




sumber; Keepitonthedeck Football

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II
Sumber: islamikinfo



Rupa-Rupanya Ada Pasangan Artis Yang Ramai Tak Tahu Mereka Berkahwin, Cuba Tengok Gambar Yang Akhir Sekali



Gambar Perkahwinan Artis Dulu, Tak Sangka Rupanya Ada Pasangan Yang Kita Tak Tahu Pernah Berkahwin | Gambar perkahwinan artis sering jadi tumpuan peminat.Bagi generasi baru yang tak pernah melihat perkahwinan artis-artis dahulu,boleh lihat dibawah ini.

gambar perkahwinan artis dulu, tak sangka rupanya ada pasangan yang kita tak tahu pernah berkahwin

D.J. DAVE – ZAINON MOHD. YUSOFF
15 Julai 1979



Datuk D J Dave pernah bertugas di Pejabat Pos Malaysia,[2] dan mendapat gelaran Datuk sempena kelahiran T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah yang ke-59, tahun 2005.

Kerjaya Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak ingin Menangis Lagi dan Harum Bunga Kembang apabila dia mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972.

Pada tahun 1973, Irwan Shah telah menyertai EMI untuk merakam album Ingin Bersua, sebelum membuka syarikat sendiri Dave Enterprise untuk mengeluarkan rakaman terbaru lagu-lagu irama Hindustan tidak lama lagi.[3]

Dia menjawat jawatan pengetua program realiti Audition dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Articulate. Dia juga merupakan artis pertama Malaysia yang melancarkan album Hindi berjudul Mar Gaye Oye di India, Disember 2005.

Beliau pernah berduet dengan penyanyi wanita antaranya Sarena Hashim, Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid. Terbaru beliau berduet dengan Dayang Nurfaizah dalam lagu Segalanya yang pernah dinyanyikan bersama Liza Aziz pada konsert Journey Through Song. Konsert mega terakhir D.J Dave itu diadakan bersempena meraikan 40 tahun pembabitannya dalam arena nyanyian. Ia bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Jun 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert ini turut dijayakan oleh Uji Rashid dan Marsha, selain komposer S. Atan sebagai pengarah muzik. Konsert anjuran Shahdave Entertainment itu mendapat sokongan penaja seperti Celcom, Sogo, Hotel Concorde, AirAsia dan Hard Rock Cafe.

DJ Dave bersama 51 peserta selain sukarelawan, pakar perubatan dan petugas media telah mengikuti misi melawat pelarian masyarakat Rohingya, selaku Presiden Yayasan Artis 1Malaysia pada tahun 2012.[4]



KHATIJAH IBRAHIM – MOHAMAD RASHID FAHMI BATSALOO
24 April 1981



Datuk Khadijah Ibrahim (juga dieja sebagai Khaty Ibrahim dan Khatijah Ibrahim) merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal dari Malaysia. Dilahirkan pada 1960, beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia Ibrahim. “Kupendam Sebuah Duka” merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia. Beliau juga pernah merakamkan lagu yang istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab seperti lagu “NAM Shall Lead The Way” (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – NAM XIII) dan lagu “Malaysia Truly Asia” (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia).

Khatijah Ibrahim juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.

SHARIFAH AINI – ALI ABU BAKAR

1 Julai 1981



Dato’ Sharifah Aini binti Syed Jaafar (2 Julai 1953 – 5 Julai 2014) adalah seorang penyanyi tersohor di Malaysia yang dikenali sebagai “Biduanita Negara” selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu “Tiga Malam”.

Di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysian Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, M.Nasir, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris

ANITA SARAWAK – BROERY MARANTIKA

16 Oktober 1981



Anita Sarawak (lahir 23 Mac 1952[1]) atau Ithnaini binte Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura, yang pernah menerima anugerah dari “Asian Entertainment Establishment” kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai ‘Dewi Utama’ (The Top Diva) di Asia.

SUDIRMAN HAJI ARSHAD – KAMARIAH JAMALUDDIN
25 Disember 1981



Dato’ Sudirman bin Haji Arshad, DSAP, JMN, AMN, AMP, juga dikenali sebagai Sudirman (25 Mei 1954 – 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai juara Bintang RTM pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran “Penghibur Nombor 1 Asia” (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti “Penghibur Milik Masyarakat”, “Seniman Rakyat” dan “Elvis Malaysia”. Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.

JOHARI SALLEH – ZARINA ZABIDIN
27 Disember 1981



Dato’ Johari Salleh merupakan seorang maestro muzik yang cukup terkenal di Malaysia pada era 70an dan 80an. Beliau dilahirkan pada 9 Februari 1940 di Geylang, Singapura. Anak lelaki kepada keluarga Mohd Salleh Bin Mohamad berasal dari Melaka dan Puan Munarah Shuib, berasal dari Singapura. Johari merupakan salah seorang pelopor kepada Orkestra RTM.

Adiknya, Elmi Salleh juga merupakan seorang penyanyi di Singapura.

KUSWADINATA – KAMARIAH MOHD. SAID
1982



Kuswadi bin Bujang atau lebih terkenal sebagai nama pentas beliau Kuswadinata (8 September 1938–16 Februari 2013) merupakan pelakon lelaki Malaysia. Dilahirkan di Jalan Thomson, Negeri-negeri Selat, beliau yang mesra dengan panggilan Pak Kus memulakan kerjaya filem profesional pada 1958. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Batu Durhaka (1962), Detik 12 Malam (1979) dan Sikit Punya Gila (1982).

Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantan seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau juga merupakan bekas rakan rapat kepada Syed Mehdzar yang kini tinggal di Subang Jaya. Hubungan yang rapat ini amat berkekalan sehingga sekarang, keluarga Kuswadinata dan Syed Mehzar saling berhubungan sehingga beliau sendiri amat rapat dengan anak sulong Syed Mehzar iaitu Syed Mussidiq.

RUBIAH SUPARMAN – ZAHARI MOHD. NOH
1 Januari 1984



Rubiah Suparman merupakan seorang pelakon kelahiran Singapura yang berkaliber. Pada awal era 70-an beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur, (Malaysia) dan menetap di sana untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon filem dan drama TV. Beliau kemudiannya mendapatkan kerakyatan di Malaysia selepas menetap wajib selama lebih 10 tahun di Malaysia.

HERMAN TINO – NORAINI IBNU
13 Oktober 1984



Herman Tino mencipta nama sebagai seorang penyanyi pada tahun 1982 – 1986. Beliau dilahirkan pada 5 Disember 1954 di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Nama sebenar beliau ialah Masrun Bin Tamsi dan berketurunan Jawa

HALIL CHIK – ZAKYYAH ABDULLAH
Disember 1985



WALAUPUN mula dikenali sebagai penghibur sekitar penghujung 70-an, namun sehingga kini, nama Halil Chik, tidak hilang dimamah usia.

Berjaya mengekalkan karier seninya sehingga ke abad ini, ternyata, penangan Halil atau nama sebenarnya, Abdul Halil Chek, 62, sukar diatasi.

Walaupun industri mengalami lambakan muka baru bak cendawan tumbuh, namun Halil tetap menjadi pilihan untuk golongan korporat dan VIP.

“Alhamdulillah, rezeki saya masih ada. Tiada apa saya harapkan lebih kerana saya bersyukur apa saya dapat.

“Saya sering mendapat undangan persembahan badan korporat dan persembahan majlis diraja.

“Walaupun mediumnya berbeza dengan artis muda, ia mencukupi bagi saya,” katanya yang turut diundang membuat persembahan pelancaran buku Saloma, baru-baru ini.

Walaupun mencecah usia lebih separuh abad, pelantun lagu Kemesraan dan Joget Bunga Melati ini masih kekal bertenaga ketika beraksi di pentas.

Katanya, tiada rahsia dan petua lain yang diamalkan selain sentiasa mengingati ALLAH dan tidak membebani fikiran dengan masalah.

“Tidak perlu petua, yang penting kita kena selalu gembira dan tidak menjadikan masalah sebagai halangan.

“Pun begitu, kita tidak boleh terlalu leka dengan keduniaan, semuanya bergantung kepada Ilahi.

“Saya bersyukur diberikan kesihatan yang baik sehingga ke saat ini kerana tanpa kesihatan, tidak mungkin kita dapat mencapai kejayaan,” katanya.

EMAN MANAN – FAUZIAH AHMAD DAUD
23 Disember 1990



Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan bin Embong (lahir 1 Januari 1958) adalah salah seorang pelakon Malaysia. Beliau telah lapan kali tercalon untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan menang tiga kali daripadanya.

Kredit : sinar

Sumber : itulogik


Ahli kumpulan K-Pop masuk Islam, kenali Ayana Jihye Moon yang cantik mengenakan hijab



Agama Islam mungkin bukanlah agama yang terkenal di Korea Selatan namun penyebaran di negara pengeluar Samyang itu semakin meluas kerana sudah ramai rakyat di negara tersebut telah pun memeluk Islam termasuk selebriti.

Ini terbukti apabila salah seorang gadis cantik daripada kumpulan K-Pop F-VE Dolls iaitu Ji-Hye Moon atau lebih dikenali sebagai Ayana Ji-Hye Moon telah memeluk Islam pada tahun 2012.

Gadis berusia 23 tahun mula menjadi perhatian apabila mula memuat naik gambarnya yang berhijab pada November 2015.



Bukan itu sahaja, dia yang berasal dari Seoul itu juga pernah datang ke Malaysia dan Indonesia untuk beberapa sesi temubual dan berkawan rapat dengan salah seorang Instafamous Malaysia iaitu Farah Lee.


Ayana yang menggunakan nama @xolovelyayana di laman Instagram miliknya telah membuat pengakuan bahawa wajahnya adalah semula jadi dan tidak melakukan apa-apa pembedahan.


Walau bagaimanapun, kumpulan itu telah dibubarkan pada penghujung tahun 2015 dan antara lagu yang menjadi siulan peminat adalah Lip Stains, Your Words atau Like This or That.


Beruntung Ayana Jihye Moon kerana diberikan hidayah untuk memeluk Islam dimana hanya individu tertentu sahaja dipilih untuk mendapat petunjuk.

Semoga agama Islam lebih meluas ke negara lain.

Memang akan banyak cabaran pada awalnya namun anggap saja itu adalah ujian Allah untuk menguji setebal mana pendirian kita terhadap Islam.

Apa pun, kita harus berdoa, istiqamah dan percaya Allah takkan memberikan ujian diluar kemampuan hambaNya.






TERKINI! SPRM SERBU APARTMENT JHO LOW, APA YANG SPRM TEMUI?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerang pembiaya jutawan Low Taek Jho di Kuala Lumpur semalam.

Waran geledah yang memberi SPRM kuasa untuk menyerang apartmen dan menangkap sesiapa sahaja di premis itu untuk tujuan siasatan, dilihat oleh The Malaysian Insight.





Serangan di unit 20-2 (South Core), 3 Kia Peng Apartment, No. 3 Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, dikaitkan dengan siasatan berterusan ke atas skandal 1Malaysia Development Bhd.

Foto yang diperoleh The Malaysian Insight menunjukkan lebih daripada 10 pegawai SPRM terlibat dalam serbuan tersebut.




Waran tangkap telah dikeluarkan di Low, lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk membantu dalam siasatan 1MDB.

Dilaporkan bahawa peguam Jho Low itu telah menghubungi pegawai SPRM tetapi sehingga kini tiada perkembangan lanjut dilaporkan





Difahamkan mereka terpaksa memecah masuk pintu depan unit itu dan menemui wang tunai dalam peti simpanan.

Memetik laporan The Star, serbuan itu berlaku semalam di sebuah apartmen servis di Kuala Lumpur dan dipercayai berkaitan kes 1MDB.







Namun, sumber yang dilaporkan The Star menjelaskan tiada bukti penting di temui di kediaman tersebut.

SPRM dedah wajah ‘alias’ Jho Low


SPRM cuba berusaha mengesan “Tan Kim Loong” berhubung dengan siasatan 1MDB, dan mendedahkan gambarnya.

Nama Tan berulang kali muncul dalam beberapa dokumen bank berhubung dengan pengubahan wang haram dana 1MDB.

Dalam prosiding mahkamah terhadap tokoh perbankan di Singapura yang dituduh terlibat dalam skandal 1MDB, saksi mendakwa bahawa identiti Tan digunakan sebagai alias untuk ahli perniagaan Low Taek Jho, watak utama dalam skandal 1MDB.

Tidak jelas sama ada Tan terlibat secara langsung atau identiti beliau disalahgunakan.

SPRM berkata Tan berumur 40 tahun, dan alamat terakhirnya adalah di Kepong, Kuala Lumpur.

Tan adalah antara satu daripada empat orang yang dikehendaki oleh SPRM dalam senarai yang dikeluarkan oleh suruhajaya pencegahan rasuah itu hari ini.

Tiga lagi adalah bekas pegawai 1MDB iaitu Tang Keng Chee, 53, Geh Choh Heng, 47 dan Loo Ai Swan 45.

Menurut SPRM, kempat-empat dikehendaki bagi membatu siasatan 1MDB.

“SPRM meminta individu-individu terbabit agar tampil atau menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hai ini.

SPRM juga meminta mana-mana pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu berkenaan agar menghubunginya di talian 03-8870 0000 (sambungan 0323).






Sumber : tvbulan