Thursday, June 28, 2018

Filled Under:

PENARIK KERETA INI ENGGAN MENUNGGU PIHAK POLIS SAMPAI SELEPAS PEMILIK ITU MEMINTA TUNGGU. KEJADIAN TIDAK DIJANGKA TERJADI SELEPAS ITU



Apakah undang undang yang termaktub bagi seorang penarik kereta? Kejadian tular ini berlaku di Seremban dan menunjukkan bahawa seorang penarik kereta ingin menarik kereta ( munkin lama sangat tak bayar kot ) tetapi pemilik kereta tersebut enggan memberi kunci kereta tersebut.

Video penuh berada di bawah artikel

Menurut video tular tersebut penarik kereta itu tetap berkeras mahu menarik kereta lelaki itu. Lelaki tersebut meminta supaya penarik kereta itu tunggu kerana dia telah pun menghubungi pihak polis tetapi lelaki itu enggan menunggu dan bertindak agresif apabila memasuki kawasan dalam rumah dan menepis tangan pemilik kereta tersebut apabila dia sedar bahawa kejadian ini dirakamkan.

NBX 9736
Ini adalah number plate kereta penarik tersebut yang disebutkan oleh si perakam. Kejadian selepas itu tidak diketahui. Samada pihak polis sempat sampai atau tidak juga tidak diketahui.

Apa syarat syarat kereta untuk ditarik terutama bila kereta tersebut berada dalam kawasan rumah?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung hak bank dan penarik kereta merampas kenderaan walaupun jumlah pinjaman yang dibayar melebihi 75 peratus.

Susulan rungutan dan komen orang ramai yang menjadi viral dalam media sosial baru-baru ini, KPDNKK menyatakan bahawa bank sebagai ‘tuan punya’ boleh menarik kenderaan sekiranya jumlah bayaran ansuran melebihi 75 peratus daripada nilai barangan dan memperoleh perintah mahkamah.

Kementerian tersebut merujuk kepada Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011 yang menyahihkan tindakan tersebut melalui perintah mahkamah kerana bayaran ansuran melebihi 75 peratus daripada nilai barangan.

Bagaimana pun, KPDNKK memaklumkan bahawa jika jumlah ansuran tidak melebihi 75 peratus daripada nilai barangan, tiada perintah mahkamah diperlukan.

Menurut peraturan yang sama juga, pemegang permit perlu mendapatkan izin sebelum memasuki premis persendirian atau memperoleh perintah mahkamah.

Waktu operasi bagi menjalankan pemilikan semula pula ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam, setiap hari, termasuk cuti umum.

Sekiranya memerlukan pelanjutan masa operasi, permohonan oleh dibuat kepada Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Negeri dan juga Daerah.

Pemegang Permit Ejen Pemilikan Semula (EPS) juga perlu memiliki kad permit EPS yang sah dan masih dalam tempoh sah laku semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.

Menurut mesej yang tersebar dalam media sosial berhubung perkara ini, bank tidak boleh menarik kenderaan, sekiranya nilai bayaran ansuran sudah melebihi 75 peratus daripada nilai barangan, kecuali mendapat perintah dari mahkamah.

Selain itu, bank tidak boleh menarik kenderaan sekiranya kenderaan tersebut berada di kawasan kediaman berpagar.

Turut dinyatakan, aktiviti pemilikan semula ini tidak boleh dijalankan pada hari cuti umum dan juga selepas pukul 9.00 malam. SUMBER : SUMBER


Kredit Youtube: Malaysia Viral

Sumber : tvbulan




0 comments:

Post a Comment