Thursday, June 28, 2018

Filled Under:

“Anak dara copy paste sangat..” – Mewarisi kecantikan, anak Raja Azura jadi perhatian


Tidak ubah seperti anak dara! Itulah yang boleh digambarkan pada penampilan serta susuk tubuh pelakon dan pengacara serba boleh, Raja Azura atau mesra disapa sebagai Kak Engku.

Memang tidak dinafikan, Kak Engku sangat mengambil berat soal kesihatan diri walaupun sudah memiliki tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.


Baru-baru ini, bekas pengacara program bual bicara santai Primadona itu telah memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya ketika meraikan kemeriahan Syawal bersama anak-anaknya.

Gambar family tahun ni!



Rata-rata pengikut Instagram wanita berusia 46 tahun tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan Aidilfitri buatnya sekeluarga.

Namun anak bongsu, Puteri Mia Maizura atau lebih mesra dengan panggilan Mia menarik perhatian orang ramai kerana memiliki rupa paras yang cantik dan mirip ibunya.

Gambar adik-beradik pulak..


Sama ke idok macam ibu?


Sekali imbas macam Ayda Jebat?



Mia cantik macam akak!



Copy paste betul la..


 Mewarisi kecantikan ibunya…


Selamat hari raya Kak Engku sekeluarga!



Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan? Kalau ibunya pun dah awet muda, apatah lagi kecantikan anak daranya yang semakin meningkat remaja!

Sumber : Raja Azura via detikberita




0 comments:

Post a Comment