Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin, siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti ini. Dengan kelawakkan Shuib bermula dari Raja Lawak sehingga menjadi salah seorang pelawak tersohor dalam Malaysia dan Siti Sarah yang mempunyai suara nyanyian yang amat dasyat sekali.
Video berada di bawah artikel
Siti Sarah dedah kenapa baru kenal Shuib dia dah sanggup nikah
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib.
Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, kapsyen yang ditulis oleh Siti Sarah telah membuatkan ramai pengikutnya berasa sebak dan terharu.
“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki.
“Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??.
“Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku saja. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna.
Sekarang, syukur Alhamdulillah, berkat hasil usaha you. Orang macam you ni, In Sya Allah rezeki banyak. Kerja tak mengelat, tak pandai curi tulang, tak suka burukkan orang, buat kerja bersungguh-sungguh, kalau tak tahu akan ambil tahu.
“You juga akan berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut). Semoga perkawinan kita ini diberkati, dirahmati dan dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan tetapi saya sangat bersyukur kerana terlalu ramai yang mendoakan kami.
“Syukur, syukur, syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua,” tulisnya.
SUMBER : Astro Awani
Ada 1 Rahsia Yang Siti Sarah Buat Shuib Kantoi
Apa yang siti sarah buat betul betul mencuit hati ramai peminat mereka apabila mereka bergurau. Di dalam kegurauan itu berubah juga muka Shuib. Lihat video di bawah untuk tengok apa yang shuib kantoi.
dah la salah warna .. pastu macam kite pulak yg salah! cer komen sikit baju shuib warna apa? nak tau berapa ramai yg nampak… baju tu warma apa .. @shuibsepahtu
Sumber Instagram: sitisarahraissuddin via lubokviral


0 comments:
Post a Comment