Wednesday, June 13, 2018

Filled Under:

SEWA TAPAK BAZAAR RAMADHAN ADA YANG DEKAT SAMA HARGA KERETA BARU. ANDA MESTI TERKEJUT DENGAR BERAPA HARGA SEWA UNTUK SEBULAN


KUALA LUMPUR  – Petak bazar di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini menjadi rebutan golongan peniaga yang sanggup membayar sewa sehingga RM55,000 untuk berniaga di kawasan itu sepanjang Ramadan.
SETIAP tahun bazar ramadan di Jalan Masjid India dan Lorong Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur sentiasa dipenuhi orang ramai.
Dikenali sebagai pusat perniagaan tumpuan di ibu negara sejak dahulu lagi, kedua-dua lokasi itu menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda kepada mereka yang dapat memiliki tapak yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.
Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Mustafa Mohd. Nor berkata, dua kawasan itu umpama ‘pisang goreng panas’ dan menjadi pilihan ramai peniaga termasuk yang datang dari negeri lain.
Katanya, tidak hairanlah peniaga sanggup membayar sewa tapak di Lorong TAR iaitu antara RM7,000 hingga RM55,000 manakala di Jalan Masjid India pula antara RM13,000 hingga RM37,000.
“Ramai yang mahu berniaga di kawasan itu kerana ia menjadi pilihan untuk mendapatkan pelbagai barangan persiapan hari raya se­perti pakaian dan kuih.
“Selain itu, kawasan tersebut terletak berdekatan pelbagai pusat beli-belah popular seperti Jakel dan Sogo sekali gus memudahkan orang ramai membeli kelengkapan hari raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Mustafa berkata, peniaga di kawasan itu berpotensi mendapat keuntungan lebih besar daripada kadar sewaan tapak yang dikenakan dalam tempoh sebulan.
Selain menjual makanan, Bazar Ramadan tersebut turut menawarkan pelbagai barangan terutama pakaian, aksesori dan kuih raya dengan harga yang berpatutan.
Dalam pada itu, katanya, DBKL turut menyediakan tapak bazar di kawasan perumahan dengan sewa antara RM150 hingga RM450 serta kawasan tumpuan lain dengan kadar RM800 hingga RM900 sebulan.
SUMBER : Utusan Online

Jangan jual tapak bazar Ramadan, Aidilfitri

Peniaga dinasihatkan supaya tidak menjual tapak perniagaan kepada orang lain, tegas Yang Dipertua (YDP), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin.
Katanya, tindakan tersebut dianggap tidak wajar memandangkan peniaga cuba mengambil kesempatan terhadap orang lain.

SUSAH UNTUK TANGKAP

“Agak sukar untuk ‘menangkap’ peniaga sebegini kerana kita tidak mempunyai bukti, apabila membuat pemeriksaan, peniaga ini akan beri alasan mereka hanya membantu kawan, jadi ia agak sukar untuk dikesan.
“Paling tidak wajar apabila ia diberi kepada peniaga asing yang sepatutnya tidak berlaku,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MPK, pagi tadi.
Sebelum itu terdapat aduan terdapat peniaga yang menjual tapak bazar di Jalan Taiping, Klang dengan harga sehingga mencecah RM14,000.
Yasid berkata, kesemua peniaga di situ berjaya memperoleh tapak perniagaan setelah menang dalam sistem bidaan yang dikendalikan MPK.
“Harga bidaan dibuka bermula RM3,500 dan bidaan tertinggi diperolehi ialah sebanyak RM8,288, panel bidaan MPK dikendalikan oleh Pengarah Perlesenan MPK dan juga ahli majlis.
“Dakwaan kononnya pemilihan tapak di Jalan Taiping berdasarkan kroni dan sebagainya adalah tuduhan jahat,” katanya.
SUMBER : SelangorKINI via http://lubokviral.com via dahkebelum





0 comments:

Post a Comment