Wednesday, June 13, 2018

Filled Under:

Rasa nak cubit2 mulut dia..” – Benci dengan ‘Aisyah’, ramai tidak sabar tonton episod akhir Nur



Setelah episod demi episod ditayangkan di kaca televisyen menerusi slot Samarinda di TV3, drama bersiri Nur yang mendapat sambutan hebat daripada penonton akan berakhir pada malam ini.
Salah seorang pelakon iaitu Noorkhiriah yang membawa watak antagonis sebagai Aisyah sudah tentu menjadi tumpuan peminat setia drama tersebut untuk mengetahui kesudahan nasibnya.

Terbaru, pelakon hebat itu telah memuat naik posting di laman Instagram miliknya bagi mengingatkan penonton untuk menyaksikan episod terakhir pada malam ini.

“Assalamualaikum selamat pagi. Macam mana pagi ni? Jangan marah2 dah yer malam ni dah last episod #nur,” katanya menerusi ruangan kapsyen tersebut.
Posting berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada penonton drama karya Shahrulezad Mohameddin itu yang rata-rata menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton dan geram dengan watak yang dilakonkannya.
Mereka juga turut memuji lakonan mantap dan hebat Noorkhiriah yang berkesan sehingga membuatkan orang ramai benci dan menyampah dengan dirinya.
Geram je dengan kak ecah nih!

Tapi lakonan akak terbaik!

Geram sampai rasa nak cubit mulut dia…

Lakonan akak memang menjadi la!

Awak jahat, hilang sabar kita!

Sumber : Noorkhiriah via citemalaya




0 comments:

Post a Comment