Jika dahulu kontroversi sering melanda perjalanan hidup pelakon Fasha Sandha, kini dia gembira menikmati hari-hari indah bersama dua cahaya mata, Putra Rayfal, dan Putri Raysha Jemyma.
Namun baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di laman media sosial apabila seorang individu menyerupai pelakon filem Badang itu kelihatan berpelukan manja dengan pelakon Aidil Aziz yang dipercayai dirakam oleh netizen.
Rakaman video berdurasi 23 saat tersebut kelihatan Fasha juga mencium tangan dan pipi pelakon Vila Ghazara itu yang tidak ubah seperti sepasang kekasih!
Aksi mesra mereka berdua menarik perhatian netizen untuk memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata terkejut dengan perbuatan berkenaan.
Stalk IG Fasha, baju & beg sama?
Siap cium pipi bagai?
Stalk IG Fasha, baju & beg sama?
Siap cium pipi bagai?
Ingatkan berlakon, luar drama pun sama?
Terdahulu, menurut laporan HM Online, Aidil Aziz mengakui rapat dengan wanita berusia 34 tahun itu tetapi menegaskan hubungan mereka tidak membabitkan soal hati dan perasaan.


0 comments:
Post a Comment