Sunday, June 17, 2018

Filled Under:

KHAIRY JAMALUDDIN MEMBUAT SATU KEPUTUSAN YANG TIDAK DI JANGKA-JANGKA!


Khairy Jamaluddin dilaporkan bakal bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti hujung bulan ini, walaupun sebelum ini mengisytiharkan beliau hanya akan merebut jawatan naib presiden.
Menurut laporan BH Online hari ini, beliau akan menghantar borang pencalonannya sebelum pencalonan ditutup lima petang ini.”KJ akan tanding presiden,” kata seorang exco Pemuda Umno seperti dipetik.
Jika ia menjadi kenyataan, kedudukan presiden Umno yang lazimnya tidak dicabar dalam pemilihan sebelum ini akan menyaksikan pertembungan empat penjuru.
Sebelum ini, calon yang sudah mengesahkan pencalonan adalah pemangku Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.
Tengku Razaleigh, atau Ku Li, yang pada mulanya dilihat keberatan mengesahkan pencalonannya semalam selepas banyak pihak dalam parti itu menggesa beliau berbuat demikian.
Sumber daripada kem Ku Li memberitahu Malaysiakini bahawa langkah Khairy itu mungkin untuk memecahkan undi bagi meningkatkan peluang kemenangan Ahmad Zahid – yang menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan tertinggi ketika kekalahan bersejarah Umno dan BN pada PRU lalu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata Khairy merupakan pemimpin terbaik untuk menjadi presiden parti lamanya itu.
Khairy bagaimanapun tidak mengambil berat pandangan itu dengan berkata Mahathir hanya membuat kenyataan sarkastik untuk memerlinya.

‘Sesuai sangat KJ jadi ketua pembangkang’

Kita sedia maklum bahawa rakyat pada hari ini telah berani melalukan perubahan. Maka saya yakin bermula saat ini, tiada lagi parti yang boleh menjadi raja di negara ini.
Jika mana-mana parti melakukan perkara yang tidak baik untuk negara, kuasa rakyat untuk mengubah kerajaan pasti boleh berlaku setiap kali pilihan raya umum (PRU) diadakan.
Minggu lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Dewan Rakyat akan bersidang pada Julai 2018.
Sejak peralihan kuasa pada 9 Mei 2018, pembangkang – iaitu BN – masih belum menamakan mahupun memberi calon bayangan yang akan mengetuai barisan mereka di parlimen.
Pakatan Harapan dalam manifestonya telah memberi suatu janji yang segar iaitu ketua pembangkang di Dewan Rakyat ialah wakil rakyat yang bertaraf menteri.
Dalam era Malaysia baru, kita mahu mengetengahkan anak muda dan amalan politik matang dalam kancah politik tanah air sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap apa yang dilakukan kerajaan pada hari ini.
Saya ada membaca kenyataan media oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui Facebook beliau.Saya bersetuju bahawa ketua pembangkang tidak semestinya pengerusi BN.
Oleh itu, saya secara peribadi berpendapat bahawa Khairy layak dilantik sebagai ketua pembangkang pada penggal kali ini.
Kita mahukan pembangkang yang kuat sebagai mekanisme semak dan imbang kerajaan Pakatan Harapan serta membawa politik matang untuk Malaysia baru.
Sumber : tvbulan





0 comments:

Post a Comment