Ramai wartawan mula berkumpul di Jalan Langgak Duta kerana terdapat ura-ura bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditangkap di kediaman peribadinya itu hari ini.
Kira-kira 30 wartawan kelihatan berjaga-jaga di persimpangan berhampiran rumah Najib yang dihalang daripada dimasuki dengan garisan polis berwarna kuning.
Empat anggota polis dipercayai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul juga dilihat berjaga di pintu masuk tetapi ia merupakan pemandangan biasa semenjak BN yang dipimpin Najib dikalahkan pada PRU14 bulan lalu.
Bagaimanapun, setakat jam 9 malam tadi tidak ternampak kenderaan polis mahupun pelawat yang memasuki atau datang dari rumah Najib.
Beberapa orang pemberita berkata, mereka telah diminta untuk bersiap sedia di Langgak Duta disebabkan para penyiasat akan menyiapkan siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)d alam sedikit waktu lagi dan pihak berkuasa dijangka menangkap Najib dalam masa terdekat.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pasukan penyiasat kini ‘memiliki kes yang hampir sempurna’ terhadap suspek utama skandal 1MDB, lapor Reuters pada 19 Jun lalu.
sumber: Malaysiakini
Polis umum nilai rampasan dari kediaman terkait Najib esok
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Amar Singh dijadualkan mengadakan sidang akhbar esok mengenai barangan yang disita dari beberapa kediaman yang dikaitkan dengan siasatan pihak polis terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan syarikat 1MDB.
Dalam sebaran media petang ini, polis berkata sidang akhbar itu akan diadakan di pejabat jabatan siasatan jenayah komersial di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi.
“Sidang akhbar berkaitan dengan penilaian barang-barang yang disita,” maklum sebaran tersebut.
Pada 14 Jun, Amar berkata pihak polis masih menilai barangan yang dirampas dari tiga unit kondominium mewah di Pavilion Residences di Kuala Lumpur.
Beliau mengulas laporan China Press yang menyebut polis telah siap memberi anggaran nilai barangan yang dirampas itu, termasuk 433 jam tangan berjenama, yang nilai keseluruhannya berjumlah RM80 juta, dengan seutas jam tangan khusus bernilai RM3.5 juta.
Laporan itu berkata polis juga telah selesai mengira nilai ‘jongkong emas’ yang dirampas tetapi masih berusaha menyelidik nilai barangan kemas yang disita itu.
Pada 24 Mei lalu, Amar mendedahkan wang tunai yang dirampas berjumlah RM114 juta.
Sumber : citemalaya


0 comments:
Post a Comment