Bila tiba musim hari raya Aidilfitri, masing-masing dah bersiap sedia untuk menjawab soalan ‘maut’ yang bakal diajukan oleh orang sekeliling.
Bukan nak ‘busybody’ tapi maklum la bila dah berkumpul ramai-ramai, ada sahaja individu yang ingin mengetahui hal perihal tentang kehidupan keluarga kita.
Bila dah mendirikan rumah tangga, tanya pasal anak. Bila dah beranak-pinak, soalan lain pula yang keluar. Mungkin itulah yang terjadi kepada artis seorang ni.
Terbaru, pelakon Diana Rafar telah berkongsi sekeping gambar bersama anak-anaknya dengan luahan hati mengenai lima anak teruna zuriatnya.
“Alhamdulillah saya dikurniakan 5 orang anak lelaki dan (termasuk) seorang kini berada di syurga. Ramai yang bertanya kenapa semua lelaki? Kenapa takde perempuan?
“Ya Allah macam mana saya nak jawab pemberian Allah ye? Jika boleh bertanya sila tanya pada Allah kenapa & mengapa?
“Bagi saya semua ini amanah Allah yang perlu dijaga & disyukuri. Tak perlu persoalankan kenapa lelaki? Kenapa takde perempuan?
“Saya tidak dapat mendapat soalan ini. Untuk saya cukup hanya bersyukur dengan apa yang Allah telah aturkan. Selamat malam,” katanya menerusi posting di laman Instagram miliknya.
Posting tersebut menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata turut memiliki pengalaman sama apabila sering disoal mengenai jantina anak-anak mereka.
Faham sis, Kami pon sama!
Namun ada juga yang meminta bekas anggota kumpulan Elite agar menghiraukan sahaja soalan sebegitu serta bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan selama ini.
Bersyukur Dengan Apa yang dikurniakan..
Sumber : Ig linda rafar via Ohmymedia via keranacinta


0 comments:
Post a Comment