Selepas membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat, selebriti serba boleh Achey menolak semua undangan persembahan pada musim raya tahun ini.
Menurut laporan BH Online, ini kerana penyanyi lagu Yang Terindah itu ingin membantu isterinya, Nor Hasanah Yahaya untuk menguruskan Nur Tiara Zinnirah Nasir yang masih kecil
Achey berkata, sekiranya bayi comel itu sudah mencecah usia 50 hari dan semakin kuat, dia akan kembali bekerja seperti biasa.
Tambah Achey, sambutan Syawal tahun ini juga sangat berbeza bagi mereka dan memberi seribu makna buat keluarga kecilnya.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah mengakui, rezeki untuk mengambil anak angkat itu datang tanpa diduga setelah proses pengambilannya secara rasmi pada 22 Mei lalu berjalan dengan lancar.
Anggota kumpulan Bocey itu turut menyifatkan kehadiran Tiara sejak 6 Ramadan lalu sebagai mengisi kekosongan sepanjang tempoh lapan tahun dalam usaha mereka bagi mendapatkan cahaya mata.
Sumber : caraanak


0 comments:
Post a Comment