Monday, June 18, 2018

Filled Under:

Hukuman Maksimum 15 Tahun Penjara – Atas Dakwaan Salah Guna Harta Dan Wang Haram


Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Pihak berkuasa Malaysia kini menyiasat skandal 1mdb dan sedang mempertimbangkan untuk mendakwa bekas perdana menteri Dato seri Najib Tun Razak atas dakwaan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan dana.
1mdb telah ditubuhkan pada 2009 oleh Dato seri Najib kini sedang di siasat secara terperinci atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram selepas ada terdapat laporan yang membuktikan berbillion ringgit didepositkan kedalam akaun peribadi beliau yang dipercayai sebahagian dana dari syarikat subsidiari 1mdb iaitu SRC international.
Keadaan ini boleh mengakibatkan diri beliau akan dan bakal menerima hukuman 15 tahun penjara. Walaubagaimanapun Dato seri Najib setakat ini masih menafikan sekuat kuatnya bahawa tidak ada salah laku pernah dilakukan terhadap pentadbiran kewangan khususnya pengaliran dana.
Sejak kekalahan BN pimpinan Dato seri Najib dalam pilihanraya umum baru baru ini, beliau telah ditahan dan tidak dibenarkan untuk ke luar negara. Ini bagi memastikan semua penyiasatan dapat dibuat dengan telus.
Pemerintah baru PH sedang berusaha untuk memastikan semua penyelewengan dan rasuah berkaitan wang dapat dipulihkan. Wang perlu dikembalikan agar dapat meringankankan beban tanggungan hutang negara yang ujud di tempoh pemerintahan terdahulu.
Aset negara perlu di teliti semula bagi memastikan ia tidak tergadai seperti yang dimaklumkan terdahulu. Pelbagai program pemulihan dibuat tetapi pembersihan terhadap penyalah laku perlu ditangkap terlebih dahulu.
Sila tonton video:
Sumber  : blogterkini





0 comments:

Post a Comment