Pengalaman bersahur pagi ni paling akan wa ingat sampai bila bila.
masa wa tengah sedap nyekik kat mamak, dari jauh wa tengok brader ni bungkus air kosong 3 kat kaunter air.
Wa tengok kat luar atas motor dia ada wife dan sorang anak lelaki dalam lingkungan umur 4 tahun.
Masa dia lalu kat meja wa, secara tak sengaja wa tegur dia, sahur dengan air kosong je ke bang?
Dia senyum pahit je dan terus ke motor maybe dia ingat wa perli dia, nasib baik dia tak tumbok muka wa.
Wa pun tak tau kenapa wa tegur dia, tapi instinct wa bab bab gini memang tak pernah salah, dari raut wajah dia pun wa dah dapat agak mesti dia ada masalah kewangan.
Jadi wa ambil keputusan untuk try bantu juga, sebab kalau betul dia tengah susah memang makan tahun wa nak hilangkan rasa bersalah nanti.
Wa bangun dan pergi kat motor dia,dia macam terkejut dan mula buat muka garang, maybe dia fikir nape wa ni macam tak puas hati dengan dia. (nak wat camne,muka wa memang kerek/sombong semulajadi bukan dibuat buat)
“Bang,minta maaf kalau salah sangka dengan teguran saya tadi, tapi sudi tak abang dan family makan sahur dengan saya. Saya ikhlas ni bang.”
Brother tu macam terkejut dan nak menolak tapi tetiba anak dia merengek cakap lapar.So dia dan wife and anak dia pun join wa makan.
Wa tau dia dan wife agak segan, tapi maybe sebab anak kot,dia join jugaklah wa sahur.
Wa pun tak cakap apa apa, takut tersalah cakap kang boleh buat dia lagi salah sangka.
Cuma wa tanya lepas sahur ni nak ke mana,dia cakap nak balik Kota Tinggi Johor.
Dah siap makan semua, sebelum berpisah wa selitlah keping sikit kat dia buat belanja dalam perjalanan, tiba tiba dia peluk wa dan nangis.
Dia cakap sebelum dia turun dari motor nak beli air kosong tadi anak dia dah merengek lapar.Wife dia suruh anak dia berdoa semoga Allah hantarkan seseorang bantu mereka sekeluarga agak dapat bersahur dan bagi sedikit belanja supaya mereka lepas balik Johor.Dan tak sangka sepantas itu Allah jawab doa si anak.
Wa pun macam biasa sebagai lelaki pan asia berjiwa sentimental,meleleh gaklah air mata.
Dalam masa yang sama wa tambahkanlah sikit lagi keping bagi kat anak dia cakap duit raya,sebab wa tau dia akan tolak punya kalau wa bagi lagi kat dia.
Dalam masa yang sama wa tambahkanlah sikit lagi keping bagi kat anak dia cakap duit raya,sebab wa tau dia akan tolak punya kalau wa bagi lagi kat dia.
Wa fahamlah tengok raut muka bro tu,maruah dia tinggi, tapi cuma ego dia terpaksa direndahkan sebab dek anak.
So… dah siap drama dia pun geraklah ke destinasi dia,wa rasa cukuplah kot keping wa bagi tu untuk dia selesa sampai ke Johor.
Lepas tu baru wa teringat, nama dia tak tanya, no hp tak amik apatah lagi nak selpie selpot.
Tapi biarlah, rezeki dia dapat makan dan keping dari wa, rezeki wa dapat bantu dia dan dapat satu pelajaran paling berharga dari kejadian ini.
Doa anak kecil tiada hijab dengan Allah.
Inilah tujuan wa menulis panjang lebar nak bagi lu faham point penting, bukan nak cerita pasal wa bantu orang.
lepas ni boleh lah ajar anak anak lu orang tolong berdoa untuk lu dan sesiapa sahaja bila nak meminta pertolongan dari Allah.
Sesungguhnya doa doa anak anak kecil ni cepat makbulnya.
Terima kasih Allah bagi kesedaran yang berharga ni kepada wa.
Semoga bermanfaat untuk lu orang semua juga.
#BankIdea
Sebarkan manfaat
Sebarkan manfaat
Sumber Penulisan Mohd Fahmi Huzairi via Viral Media Johor via langitbiru


0 comments:
Post a Comment