Wednesday, June 20, 2018

Filled Under:

DATO SERI VIDA PERGI ZIARAH PUSARA TETAPI APA DIA BUAT DISITU DIKECAM TERUK OLEH NETIZEN


Selain bersalaman dan bermaafan ketika meraikan hari raya Aidilfitri, menziarahi kubur orang tersayang juga merupakan antara amalan yang dilakukan oleh umat Islam.
Kalau tak ziarah, rasa macam tak lengkap pula untuk menyambut pagi lebaran bersama keluarga, sanak saudara serta sahabat handai yang lain.
Begitu juga bagi jutawan kosmetik popular Datuk Seri Vida yang meluangkan masa bagi melawat pusara arwah anak-anaknya dengan memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya.
Walaupun penyanyi yang baru muncul dengan sebuah lagu raya berjudul Lavida Raya itu sentiasa kelihatan ceria dengan gelak ketawanya, namun siapa sangka beliau menyimpan peristiwa hitam yang mungkin sukar untuk dilupakan.
Tidak terlepas daripada kecaman dan kritikan, gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata mempersoalkan tindakan beliau yang duduk di atas pusara bersebelahan kubur anak-anaknya itu.
Ini kerana perbuatan tersebut dianggap tidak beradab dan tidak menghormati golongan yang telah pergi menghadap Ilahi.
“Hapuslah air mata. Duka lara kehilangan dua putera tersayang. Bersemadi di alam barzah. Siapa mampu hadap, 2 sekali pergi?,” ujar pengasas produk kosmetik Vida Beauty itu.
Terdahulu, dua orang anak lelakinya Eddie Zuhdi Mohd Amin dan Edrie Zikrie meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru pada lima tahun lalu.
SUMBER : OMM

Netizen Kecam Atas Apa DSV Buat

@myajammed -“ Lebih baik salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api hingga membakar pakaian dan kulitnya daripada duduk di atas kubur” (HR. Muslim no. 971 dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu). Wallahualam
@safezix – Hormatilah hak org mati kerana mereka dah tak mampu bersuara . pakailah pakaian yg kalau boleh menutup aurat lengkap dan longgar , biar pakaian kita kotor janganlah duduk di atas kuburan orang , simati juga perlu dihormati. Katanya mereka boleh nampak kita. Adakah kita nak dilakukan pekara yang sama bila kita dah mati? Kita masih hidup masih ada peluang berubah. Peringatan untuk diri aku sendiri , dato vida ni baik sbb tu terasa nak komen.
@syurgarizqin – Plis jangan seksi sgt dato. Hormat ‘penduduk alam sana’. Disitulah tempat paling tenang bagi saya. Maaf.
@iamsitisalwa_ – rsdato kenapa mesti duduk ats kubur org lain…Siap letak hndbag lg ats kubur tu…hurmmm
@kamiya_kun – @mjamiljani bukan masalah duduk atas ayat Quran ke tidak. Masalah nya ada dalil larangan duduk atas kubur.

Mari kita dengar apa HUKUM duduk diatas kubur .. Dengar molek2

 Sumber : tvbulan





0 comments:

Post a Comment