Tuesday, June 26, 2018
Filled Under:
Dah santau pastu langgar suami sehingga koma, kini suami ini kini bahagia dengan keluarga barunya
Posted By:
Kelembai Mutiara 2
on June 26, 2018
Persepsi “Men are trash” kini semakin sinonim di kalangan netizen terutama bagi kaum wanita yang beranggapan lelaki sering berlaku curang dan berkelakuan jelek terhadap mereka. Perkara ini berlaku tidak kira yang belum mahupun yang sudah berkahwin.
Namun, isu ini terjadi sebaliknya kepada seorang lelaki di Facebook menggunakan nama Ku Fazly yang telah berkongsi pengalaman hidupnya disantau dan dilanggar oleh isterinya sehingga koma akibat kantoi lari bersama teman lelaki yang lain.
Isterinya yang dikatakan berlaku curang telah bersikap agresif dengan memandu kereta Perodua Myvi sehingga sanggup langgar dirinya dan membawa anak bongsu mereka berusia tiga tahun yang dikatakan menghidapi penyakit Autisme.
“Abah!! Tak yah la”
Jika dilihat pada rakaman video yang berdurasi 48 saat itu, dia kelihatan cuba untuk menahan kereta tersebut daripada mengambil anak bongsunya.
Tindakan dia dengan mematahkan wiper sebelum kereta tersebut bergerak berterusan sehingga dirinya tercampak ke bahu jalan sehingga mengalami kecederaan di kepala.
Polis diam, tidak ambil tahu
Walau bagaimanapun, Ku Fazly mendedahkan rakaman video berkenaan kerana beliau sudahpun membuat laporan polis pada Julai tahun lalu namun tiada tindakan yang diambil oleh polis berikutan kes langgar lari.
Sudah bahagia pada Raya 2018
Sewaktu kejadian, Ku Fazly dan bekas isterinya masih bergelar suami isteri. Namun, Ku Fazly kini sudah bahagia apabila menjalani kehidupan bersama isteri barunya.
Kehidupan bahagia Ku Fazly ketika raya 2018.
Jadi netizen di luar sana sudah boleh berhenti menggunakan perkataan ‘men are trash’ untuk melambangkan seorang lelaki kerana tak semua lelaki berlaku curang, ada juga segelintir perempuan yang curang.
Namun, dalam hal ini kita jangan menyalahkan sesiapa, kita ambil pengajaran untuk elakkan perkara ini terjadi pada keluarga kita.
Sumber: Ku Fazly via citemalaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment