Selain solat lima waktu yang wajib dilaksanan pada setiap hari, terdapat satu lagi kewajipan terhadap kaum Adam iaitu solat Jumaat. Bagi penyanyi dan pelakon Alif Satar, nampaknya dia tidak perlu menunjukkan bukti apabila sering muncul secara siaran langsung ketika menunaikan ibadah tersebut di kaca televisyen.
Bukan hanya sekali dua tetapi baru sahaja tengahari tadi, penyanyi lagu Sesungguhnya aku itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila wajahnya dirakam oleh jurukamera.
Video yang dimuat naik di laman Instagram isterinya, Shadila Hadid kelihatan pelakon Dia Semanis Honey itu sedang khusyuk menadah tangan bagi mengaminkan bacaan doa oleh khatib yang bertugas.
Rakaman berdurasi kurang satu minit itu kemudiannya menarik perhatian para peminat Alif untuk memberikan komen yang rata-rata berasa kelakar dan lucu apabila sering menjadi tumpuan lensa kamera.
Alif Satar : Datang awal & kejar saf depan
Boleh jadi duta solat Jumaat ni…
Tiap minggu masuk tv!
Baru la artis contoh!
Abang jurukamera minat kot?
Sumber : Shadila Halid via milobeng


0 comments:
Post a Comment