Thursday, June 21, 2018

Filled Under:

“Baju Labuh, Tudung Labuh Tapi Sayang” – Tarian Kpop Wani Bertudung Labuh Dikritik Netizen


Jarang sekali kita mendengar kontroversi panas mengenai penyanyi yang terkenal dengan lagu single pertama ‘I Cinta Jer’ dan lagu hits ‘ Aku Selalu Setia’ iaitu Nur Syazwani Binti Selamat atau nama komersial dalam industri seni dikenali sebagai Wani.
Wani yang sentiasa nampak manis bertudung labuh dan menutup aurat telah dilanda kontroversi mengenai satu video tarian Kpop. Video tarian Kpop tersebut telah dimuatnaik oleh penyanyi Wani Kayrie yang juga merupakan sahabat baiknya.
Menerusi video tersebut, Wani telah membuat tarian Kpop mengikut muzik yang dipasang. Rata-rata netizen yang menonton tarian Kpop tersebut memberikan kritikan terhadap wani yang bertudung.
Netizen mengkritik sepatutnya seorang wanita yang bertudung labuh tidak seharusnya menari sehingga terlompat-lompat. Hal ini boleh mendatangkan pandangan yang serong kepada gadis bertudung.
Tambah netizen lagi, sekiranya Wani mahu menari, jangan dimuatnaik video tersebut ke dalam media sosial. Bak kata netizen tidak manis jika orang tengok kerana Wani memakai tudung yang labuh.
Malah, ada juga yang memberi nasihat kepada Wani supaya berlaku sopan bagi wanita yang alim.
Wajib berlaku sopan…
Nak buat boleh tapi jangan post…
Tak patut menari macam tu…
Jom lihat video penuh di bawah
Sumber: IG Wani Kayrie via Kisah Dunia via kisahlogik





0 comments:

Post a Comment