Sunday, June 24, 2018

Filled Under:

Anjing ini faham papan tanda ‘Anjing Dilarang Masuk’ dan reaksinya membuatkan hati anda cair!


Kebanyakan pejabat di Lembah California Silicon menetapkan polisi istimewa yang membenarkan anjing untuk dibawa ke tempat kerja. Namun, anjing-anjing ini perlu mempunyai tingkah laku yang baik dan tidak ganas.
Baru-baru ini, seorang wanita yang bekerja di sebuah bangunan milik Google bernama Jasmine Schofield telah mengongsikan satu gambar mengenai seekor anjing pejabat yang dia lihat di luar kafe.
Kredit: Twitter
Kisahnya bermula apabila kafe berkenaan memaparkan papan tanda larangan untuk membawa masuk anjing ke dalam kafe tersebut. Seolah-olah faham dengan maksud di sebalik papan tanda larangan itu, anjing berkenaan dilihat hanya duduk menunggu di bahagian luar kafe!
Pandainya anjing ini… Lihatlah telatahnya, dengan muka yang suci, anjing ini kelihatan sungguh comel dan menggeramkan!
Kredit: Twitter
Anjing bernama Max ini berjaya membuatkan seluruh netizen menyukainya dalam masa yang singkat!
Kredit: Twitter
“Kita semua boleh belajar daripada Max. Kesabaran adalah kuncinya. Kerana Max menjadi anjing yang baik, ia mendapat upah makanan yang banyak dan menjadi buah hati semua pekerja di pejabat,” kata Jasmine yang menegaskan bahawa pemilik Max sedang membeli minuman dan meminta anjing peliharaannya itu untuk menunggu di luar.
Kredit: Twitter
Salah seorang netizen yang melihat tweet Jasmine teruja dengan kelakuan anjing itu dan mengaguminya kerana ‘boleh’ membaca dan mematuhi peraturan. Tentu tuannya berjaya melatih Max dengan begitu bagus.
Bukan semua anjing mampu menahan nafsunya menunggu di luar kafe sambil dikelilingi bau kopi dan biskut yang enak. Bagus Max, anda adalah anjing yang sangat bijak!






0 comments:

Post a Comment