PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) muncul di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan semalam, dipercayai ada kaitan dengan kontrak ditandatangani Tourism Malaysia dengan sebuah syarikat.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab berkata beberapa pegawai SPRM ke ibu pejabat kementerian itu di Putrajaya untuk “bertanya” semalam susulan beberapa laporan media.
Beliau bagaimanapun berkata, ia bukan siasatan atau serbuan.“Saya tidak boleh dedahkan lebih banyak…mereka akan beritahu anda bila tiba masanya,” katanya kepada FMT.Beliau ditanya mengenai maklumat kementerian itu di bawah siasatan SPRM.
Pada 1 Jun lalu, bekas ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menggesa pihak berkuasa mengkaji kontrak promosi antara Tourism Malaysia dan sebuah syarikat yang didakwa diberikan dalam keadaan mencurigakan.
Wee yang juga bekas pengerusi Tourism Malaysia menyifatkan perjanjian itu sebagai “kontrak Speedy Gonzales”.
Mirza Mohammad Taiyab menyangkal dakwaan Wee Choo Keong yang kontrak promosi antara Tourism Malaysia dan sebuah syarikat diberikan dalam keadaan mencurigakan. (Gambar Bernama)
Beliau mendakwa mesyuarat mengenai perjanjian rundingan terus bernilai RM99 juta itu bersama kelulusan dan pemeteraian kontrak itu selesai dalam masa sehari.
Bagaimanapun, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Siew Ka Wei pada hari sama menafikan dakwaan Wee yang kontrak promosi projek Pelancongan Pintar itu dibuat tanpa menepati peraturan perolehan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab berkata beberapa pegawai SPRM ke ibu pejabat kementerian itu di Putrajaya untuk “bertanya” semalam susulan beberapa laporan media.
Beliau bagaimanapun berkata, ia bukan siasatan atau serbuan.
“Saya tidak boleh dedahkan lebih banyak…mereka akan beritahu anda bila tiba masanya,” katanya kepada FMT.
Katanya, semua dokumen yang ditandatangani bagi inisiatif pemasaran digital itu dibuat dengan cara telus dan jelas mengikut prosedur pentadbiran.
Hari ini, Mirza turut menyangkal dakwaan Wee dan kenyataan lebih terperinci akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Wee bagaimanapun memberitahu FMT beliau mempunyai bukti terhadap dakwaan itu, dengan ada di antaranya dimuat naik ke blognya dan beliau akan membuat laporan kepada SPRM.
SEMASA PENTADBIRAN BN MENTERI PELANCONGAN ADALAH NAZRI AZIZ
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (singkatan Bahasa Inggeris: Motour) adalah kementerian yang berada di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya adalah Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Sebelum ini Kementerian ini hanyalah salah satu cabang daripada Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menjadikannya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Namun semenjak Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato’ Seri Najib mengambil alih, ia dijadikan satu kementerian yang khusus iaitu Kementerian Pelancongan. Sebelum ini tugas ini digalas oleh Dato Seri Ng Yen Yen dan Dato Seri Azalina Othman Said. Selepas pengumuman Kabinet Menteri 2013-2018 oleh Dato’ Seri Najib, kementerian ini kembali digabungkan dengan Kementerian Kebudayaan menjadi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
SUMBER: FREEMALAYSIATODAY
OLAHAN SEMULA KICAPPEDAS MEDIA
‘Koreklah Kami Semua Terbuka, Ingat Kami Takut Sangat ke’ – Nazri Aziz Cabar Tun M
Seorang Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak gentar dengan ugutan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendedahkan keburukan mereka.
Datuk Seri Nazri Aziz berkata Umno terbuka terhadap perkara itu malah beliau juga pernah mengisytiharkan hartanyanya kepada Dr Mahathir semasa berada dalam kabinetnya.
Nazri Aziz Cabar Mahathir. “Koreklah, kita semua terbuka. Datuk Seri Najib Razak punya kekayaan pun terbuka. Koreklah, kita nak tahu kaya macam mana.
“Macam saya, keluarga dan anak-anak saya semua orang korek. Tidak ada masalah. Koreklah, nanti kita korek dia punya, baru dia tahu nanti, ingat kita takut sangat ke?
“Saya pernah isytihar harta pada dia. Saya pernah jadi menteri pada dia. Kita sentiasa buat pengisytiharan, apa nak takut,” katanya.
Nazri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perlawanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.
Dr Mahathir semalam memberi amaran kepada pesaing politiknya bahawa beliau juga boleh mendedahkan keburukan mereka.
Nazri Aziz Cabar Mahathir. Beliau berkata demikian selepas dua akhbar berkaitan Umno melaporkan gaya hidup mewah cucu perempuannya baru-baru ini.
Ahad lalu, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita muka depan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.
Utusan Malaysia menerbitkan gambar Meera di atas kapal layar yang didakwa dinamakan sempena namanya dan mendakwa gadis itu sering memakai pakaian berjenama dan menjalani gaya hidup mewah.
Berita Harian, sebaliknya menerbitkan gambar-gambar Meera dan adik perempuannya Melia Serena di atas bot dengan kawan-kawannya.
Mengulas lanjut Nazri yang juga Menteri Pelancongan berkata semua pihak bukan sahaja mahu mengetahui sumber kekayaan Dr Mahathir tetapi juga mengenai anak-anaknya sekali.
“Pertama sekali bukan dia sahaja, kita nak tahu anak dia itu. Isytihar mana datang sumber kekayaan itu… saya dengarlah. Anak dia kena bagi tahu,” katanya.
Nazri Aziz Cabar Mahathir
“Tak payah bertanding pilihan rayalah, isytihar jelah (harta),” katanya ringkas
Sumber : citemalaya





0 comments:
Post a Comment