Wednesday, June 27, 2018

Filled Under:

6 KISAH KEM@TIAN PEMAIN BOLA SEPAK DUNIA




Astori Kapten Fiorentina yang mati mengejut semasa tidur
Kematian pemain bolasepak Italy ini memang mengejutkan. Tiada ribut tiada angin tiba-tiba dunia dikejutkan dengan berita kematian beliau tapi ajal semua di tangan Tuhan. Namun begitu, sebenarnya sejarah kes kematian mengejut pemain bola sepak semasa perlawanan berlangsung sudah bermula sejak lebih 120 tahun yang lalu, dengan Anton Reid (pemain Walsal FC) menjadi pemain paling muda yang meninggal, iaitu pada usia 16 tahun.

Lima kematian di bawah melibatkan pemain bola sepak yang bukan sahaja ternama, malah masih muda dan berbakat besar.

ANTONIO PUERTA



Pemain Sevilla FC ini menyertai liga bola sepak profesional ketika baru berusia 13 tahun. Antara pemain muda yang menyerlah, bakatnya pernah menarik minat banyak kelab bola sepak terkemuka, antara Real Madrid, Manchester United dan Arsenal.

Pada tahun 2008, Puerta rebah ketika perlawanan antara Sevilla dan Getafe FC memasuki minit ke 35. Selepas diberikan rawatan, dia mampu berjalan ke bilik persalinan, namun sekali lagi rebah dan tidak sedarkan diri. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan meninggal dunia tiga hari kemudian, pada usia 22 tahun kerana kegagalan jantung.

CRISTIAN GOMEZ



Pemain pertahanan Atletico Prana ini rebah dan meninggal dunia sewaktu perlawanan menentang Boca Unidos, 24 Mei lalu. Sehari selepas kematiannya, rakan sepasukan Gomez, Ariel Bulay mendedahkan Gomez gagal ujian electrocardiogram, satu ujian kesihatan berkaitan jantung. Kata Bulay, Gomez memberitahunya ia satu masalah biasa yang ‘boleh datang dan pergi’. Gomez, 27, dilaporkan pernah diarahkan untuk menjalani ujian lanjutan, namun dalam masa yang sama tetap diberi pelepasan bermain.

GREGORY MERTENS



Tiga hari selepas rebah dalam satu perlawanan pada 30 April lalu, pemain pertahanan kelab Lokeren ini meninggal dunia juga akibat kegagalan jantung. Baru berusia 24 tahun, Mertens antara pemain paling sinonim dengan skuad kebangsaan Belgium dan pernah mewakili skuad bawah 16, 19 dan 21 negara tersebut.

DANIEL JARQUE


Inesta meraikan gol kemenangan sepanyol pada perlawanan akhir piala dunia
Pemain kelahiran Barcelona berusia 26 tahun ini baru sahaja sebulan memakai armband kapten pasukan Espanyol sewaktu meninggal dunia. Tidak seperti kes-kes lain, Jarque meninggal dunia akibat serangan jantung ketika di bilik hotel, selepas satu sesi latihan pra-musim pada tahun 2009. Setahun selepas itu, rakan baik Jarque, Andres Iniesta, mendedikasikan gol kemenangan Sepanyol di Piala Dunia kepada Jarque, dengan memakai t-shirt tertulis “Dani Jarque siempre con nosotros” (“Dani Jarque, always with us”).

MARC-VIVIEN FOE



Antara kisah kematian di dalam padang yang sering disebut, pemain tengah Manchester City ini rebah ketika mewakili negaranya, Cameroon menentang Colombia pada tahun 2003. Anggota perubatan dan paramedik cuba sedaya upaya untuk memulihkan Foe, namun usaha selama 45 minit itu tetap gagal. Ujian autopsi menunjukkan kematian Foe adalah disebabkan oleh hypertrophic cardiomyopathy, satu masalah jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal.

Selepas kematian Foe, Manchester City mengumumkan penamatan penggunaan nombor 23, yang merupakan nombor jersi Foe ketika bersama kelab itu.

DAVID FARAMOLA ANIYA



Pemain import pasukan T-Team David Faramola Aniya meninggal dunia ketika perlawanan persahabatan di antara Kelantan dan T-Team, kelab dari Terengganu, di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam ini.

Pemain kelahiran Nigeria yang berusia 30 tahun itu tiba-tiba jatuh pada minit ketiga perlawanan sebelum dibawa oleh pasukan paramedik untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mat Zin berkata pihaknya terkejut dengan perkara berkenaan memandangkan sebelum perlawanan pemain yang beraksi dalam Liga Perdana itu dibenarkan beraksi.

“Dia tidak mengadu apa-apa masalah sebelum ini dan memang ingin beraksi pada perlawanan ini.

“Dia memang pemain yang bagus dan selalu memberi arahan kepada rakan sepasukan, ini merupakan musim pertamanya bersama pasukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima pengesahan mengenai kematian pemain pertahanannya itu pada pukul 10.05 malam selepas dihubungi penolong jurulatih Azhari Salim yang berada di hospital berkenaan.

“Dikatakan (Faramola) ada masalah jantung tetapi kita perlu buat bedah siasat dahulu,” katanya.

Sumber : badaiombak via dahkebelum




0 comments:

Post a Comment